Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MEMINANG DAN ADAT BERTUNANG

Adat meminang dan adat bertunang dilakukan sebelum majlis akad nikah dilangsungkan. Tujuan adat-adat ini adalah untuk melamar seseorang perempuan dengan rasmi menjadi isteri seseorang, juga adalah sebagai tanda permulaan sebuah ikatan keluarga bakal dibina.  Kedua-dua adat ini diuruskan oleh pihak kedua ibu bapa lelaki dan perempuan bersama saudara mara terdekat.

Majlis meminang dimulakan dengan menjamah juadah berupa kuih-muih tradisional dan minuman. Hasrat kedatangan disampaikan oleh pihak lelaki secara kias dan kata-kata berbunga. Kebiasaannya keluarga si gadis tidak terus memberi jawapan kerana memberi ruang untuk berbincang dan mendapat persetujuan si gadis itu sendiri.

Bagi adat bertunang rombongan keluarga lelaki bertandang ke rumah keluarga perempuan untuk majlis pertunangan secara rasmi. Selalunya majlis dimulakan dengan perbualan biasa dan kemuncaknya ialah diumumkan pertunangan dengan menyarung cincin pertunangan.

Pada majlis pertunangan kebiasaannya pihak lelaki membawa sehelai kain batik, sirih sepiak, gula-gula dan kuih-muih.Barangan yang biasanya digubah secara artistik di atas lima paha ini dibalas dengan lima paha juga oleh pihak perempuan. Kemuncak majlis ini ialah acara menyarung cincin pertunangan oleh ibu di pihak lelaki ke jari manis bakal pengantin perempuan, manakala ayah di pihak perempuan ke jari manis bakal pengantin lelaki.

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan

Kompleks JKKN Kelantan,
Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,
15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 741 7000
Faks : 09 741 7004

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768