Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU: ADAT MERISIK ATAU ADAT MENINJAU

Adat merisik adalah peringkat pertama dalam proses kerja-kerja kahwin. Adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk majlis pertunangan dan majlis perkahwinan.

Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok, dan dijalankan dengan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian masa, tempat dan majlis yang diaturkan. Permulaan adat ini melibatkan pertemuan secara rasmi antarakeluarga lelaki dengan keluarga perempuan serta wakil-wakil mereka bila mana pihak lelaki memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan.

Setelah dipersetujui maka ditetapkan tarikh hari dan masa kedatangan keluarga lelaki bertandang ke rumah pihak perempuan bagi tujuan majlis peminangan. Tarikh yang dicadangkan adalah setelah mengambil kira semua faktor seperti musim bercuti keluarga atau bersempena sesuatu sebagai tanda kenangan tarikh pertunangan.

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Kelantan

Kompleks JKKN Kelantan,
Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,
15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 741 7000
Faks : 09 741 7004

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768