Hubungi Kami
EN BM

GENDANG TERINAI

Gendang Terinai merupakan sebuah kesenian muzik tradisional Perlis yang mula dikenali sebagai 'Gendang Keling' berdasarkan kepada kesenian India kerana pengaruh bentuk gendang yang panjang dan serunainya semenjak kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Pada tahun 1974 sempena Pertandingan Terinai, Menteri Besar Perlis pada ketika itu, Allahyarham Dato' Jaafar Hasan telah mengumumkan pertukaran nama 'Gendang Keling' kepada 'Gendang Terinai' kerana muzik ini digunakan untuk persembahan Tarian Terinai. Kesenian ini begitu popular suatu ketika dahulu dalam kalangan rakyat hingga ke istana raja. Ia masih diminati ramai khususnya dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan keramaian. Kini ia menjadi muzik rasmi di istana sempena menyambut pertabalan Raja dan hari ulang tahun keputeraan Raja Perlis. Kumpulan Muzik Gendang Terinai lazimnya terdiri daripada empat orang iaitu dua orang memukul gendang panjang (pengibu dan penganak), seorang meniup serunai dan seorang memukul dua biji gong (gong jantan dan gong betina). Lagu-lagu yang sering dipersembahkan adalah lagu-lagu Melayu asli seperti Mula Pasang, Kutip Siput, Gong Panjang, Kucing Berlaga, Anak Tiung, Cinta Sayang dan Terinai.

Encik Amil Senapi

Kumpulan Terinai Seri Budaya
Kampung Tok Kuning,
Marhum Kayang,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 019-597 4765

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768