Hubungi Kami
EN BM

BIJI SAGU

Masyarakat Melanau menamakan makanan tradisional yang berbentuk bebola sebesar kacang ini sebagai Sagu atau Bulu. Ketika Sarawak ditakluki Jepun pada awal tahun 1940-an sagu adalah antara makanan ruji penduduk Mukah yang merupakan kawasan penanaman terbesar pokok sagu. Bahan untuk menghasilkan biji sagu mudah diperoleh di Mukah, Dalat dan Oya.

Sebagai bahan mentah sagu diproses menjadi tepung lemantak untuk dijadikan makanan seperti Ambuyat. Tepung lemantak diproses untuk menghasilkan biji sagu berwarna putih. Hari ini biji sagu boleh didapati dalam sajian tradisional seperti kuih dan cendol.

Untuk menghasilkan biji sagu tepung lemantak dikeringkan kemudian dicampur dengan kelapa parut kering yakni kerisik, dedak padi, santan dan garam, yang kesemuanya ditumbuk lumat supaya mudah diadun menggunakan mesin kelapa. Adunan tersebut diayak menggunakan 'takung' iaitu acuan khas diperbuat daripada batang pokok buluh.

Adunan yang telah diayak kemudian digelek menggunakan alat khas yang dianyam daripada daun pokok nipah. Gelekan tersebut menghasilkan biji sagu melalui lubang-lubang alat pengayak. Biji sagu kemudian dibakar selama lima jam dalam belanga tembikar di atas batu bata, tanpa menggunakan minyak masak. Ketika dibakar biji sagu harus sentiasa diratakan bagi memastikan pembakaran seimbang. Proses pembakaran yang lama juga adalah untuk menjadikan biji sagu betul-betul rangup.

JKKN SARAWAK

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,

93000 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-422 006/423 106 Fax : 082-244 394

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768