Hubungi Kami
EN BM

KEK LAPIS SARAWAK

Kek Lapis Sarawak adalah sajian tradisional warisan turun temurun yang terkenal di dalam atau luar Negara, dan begitu sinonim dengan negeri Bumi Kenyalang ini. Bahan-bahan asas ialah tepung gandum, susu pekat manis, gula kastor, putih telur dan kuning telur QL Omega, mentega tanpa garam, susu sejat, sapuan keju, golden syrup, ovalette, garam dan perasa tambahan lain mengikut citarasa masing-masing. Pukul mentega, susu sejat, sapuan keju, garam dan golden syrup. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.

Pukul putih dan kuning telur, gula kastor dan ovalette sehingga memekat. Alas acuan kek segi empat berukuran 9 inci dengan kertas kek dan sapukan sedikit minyak. Masukkan satu bahagian campuran kek dan ratakan. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke 220C selama tiga atau empat minit atau sehingga perang keemasan.

Keluarkan acuan dari ketuhar, tekan kek dan ratakan semua bucu lapisan. Ulangi proses menuang campuran kek dan membakarnya sehingga semua campuran kek digunakan. Setelah selesai sejukkan kek di rak dawai.

JKKN SARAWAK

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,

93000 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-422 006/423 106 Fax : 082-244 394

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768