Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM IBAN: PERKAHWINAN

PENGENALAN

Etnik ini adalah yang terbesar di Sarawak. Mereka berpegang kepada adat-adat, antaranya majlis perkahwinan yang istimewa bagi masyarakat ini.

SEBELUM BERKAHWIN

Bermula dengan adat merisik, lebih dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum, kemudian diikuti bertunang.

MAJLIS PERKAHWINAN

Majlis perkahwinan (melah pinang) dimulakan oleh pengantin lelaki yang memakai pakaian tradisional suku kaum ini diarak dalam rombongan menaiki kenderaan atau jong ke rumah pengantin perempuan, diiringi paluan gong. Ketibaan mereka disambut dengan satu das tembakan senapang sebagai tanda. Rombongan pengantin perempuan turun ke sungai untuk mandi bersama-sama dengan rombongan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara rombongan pengantin lelaki dan rombongan pengantin perempuan.

Upacara perkahwinan bermula dengan perbincangan di ruai dengan hidangan air tuak. Pengantin perempuan meminta berian (hantaran) yang nilainya bergantung kepada ketetapan penduduk kampung. Terdapat juga barangan hantaran lain, iaitu:

1. Bayaran pemecah tangga iaitu sebilah beliung
2. Bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing
3. Bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang
4. Bayaran-bayaran lain yang bersesuaian

Upacara membelah pinang menentukan tempoh jodoh kedua-dua pengantin. Pinang tersebut kemudian diagihkan kepada hadirin. Dengan ini upacara perkahwinan dianggap tamat hanya majlis bersanding di sebelah malam sahaja.

Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu pengantin baru mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta memegang sehelai kain sepanjang tujuh ela supaya kesalahan setiap individu akan hilang.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak
Tel : 082-422006 / 082-423106
Fax : 082-244394

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768