Hubungi Kami
EN BM

SARUN

Seni muzik Sarun merupakan warisan suku kaum Iranum. Ia diperbuat daripada besi /drum yang dipotong sepanjang enam inci dan selebar dua inci. Panjang setiap kepingan yang diperlukan adalah berbeda-beda yang maksudnya bakal menghasilkan bunyi yang berlainanan. Seperti lain-lain alat muzik, Sarun dimainkan secara solo atau bersendirian yang biasanya dimainkan oleh wanita sahaja. Corak memainkan alat berkenaan ialah dengan menggunakan pemukul bahagian tengah kepingan yang diletakkan di atas rak yang juga dicipta dari bahan kayu jenis kalipapa. Bilangan kepingan yang diletakkan di rak ialah sebanyak lapan keping dan disusun mengikut peraturan yang telah sedia ada. Dari alat-alat muzik Sarun ini juga dapat menghasilkan berbagai lagu dan iramanya. Umumnya alat muzik Sarun dimainkan sebagai satu hiburan selepas penat mengerjakan sawah bendang.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768