Hubungi Kami
EN BM

GABBANG SULUK

Gabbang merupakan salah satu alat muzik Suluk yang diperbuat dari bamboo jenis Kayawan. Bambu ini dibelah dalam bentuk segi empat panjang dengan semua sisi tidak selari yang diletak dan disusun diatas papagan yang dipisahkan oleh paku kecil antara satu sama lain. Bagi gabbang Suluk terdapat dalam 14 hingga 22 belahan. Papagan berfungsi sebagai kotak bunyi yang diperbuat dari kayu dan dihiasi dengan motif buinga. Manakala pada sisi atas papagan dihias dengan cermin. Gabbang mempunyai ukuran panjang 20 cm, lebar 51 cm dan tinggi 37 cm. pada bahagian tepi papagan dilingkari kain dan getah sebagai pemisah antara belahan bamboo dengan kayu papagan disamping boleh menghasilkan bunyi yang merdu. Iringan muzik gabbang ialah biola. Gesekan biola akan mendayu-dayu mengikut rentak pukulan gabbang yang akan disusuli dengan rangkaian tuni-tunis sperti sumpingku sumping, sakayanku sakayan, kailu dan lain-lain. Muzik gabbang lazimnya akan dimainkan semasa malam majlis perkahwinan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768