Hubungi Kami
EN BM

ISUN - ISUN

Tradisi berpantun dalam masyarakat Iranum dan Bajau di Kota Belud cukup mengasyikkan. Gesekan biola yang dimainkan pemantun wanita menjadikan majlis `ngi it biola' hidup. Pantun isun-isun biasanya melibatkan seorang pemantun lelaki atau lebih, manakala lawannya seorang pemantun wanita atau lebih. Lazimnya majlis isun-isun dimainkan sewaktu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran, majlis perkahwinan atau majlis menunaikan nazar dan sebagainya. Ia berlangsung selepas solat Isya' hingga solat Subuh, kadang-kadang dilanjutkan hingga terbit matahari pagi. Pantun-pantun yang dialunkan pula menyangkut pelbagai topik termasuklah episod percintaan, merajuk, memujuk, meminang, berkahwin dan sebagainya-kesemuanya menurut alur cerita yang ditentukan oleh pemantun-pemantun isun-isun itu tadi. Bagaimanapun seni berpantun isun-isun ini berhadapan dengan cabaran yang sengit kerana dikhuatiri akan hilang ditelan zaman selepas generasi tua yang ada kini.Generasi muda, sudah tidak menguasai seni berpantun dan seni menggesek biola ini. Wajar jika ada pihak yang mendokumentasi kesenian ini daripada luput ditelan zaman.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768