Hubungi Kami
EN BM

BERTITIK

Muzik ini akan dimainkan selama majlis perkahwinan berlangsung. Antara alat muzik yang dimainkan semasa majlis ini ialah gendang, gong, bebandil, dan kulingtangan. Keempat-empat alat muzik ini berfungsi sebagai satu dalam majlis tersebut. Jika terdapat salah satu alat muzik ini tidak digunakan, bunyi Bertitik ini akan berubah (sumbang). Alat muzik ini akan dimainkan oleh mereka yang mahir menggunakan. Permainan muzik ini dipanggil Bertitik. Permainan muzik ini berfungsi sebagai tanda atau syarat untuk memberitahu penduduk kampung terhadap majlis yang sedang berlangsung. Selain itu, permainan ini akan dimainkan pada petang sebelum malam berinai, semasa malam berinai berlangsung dan semasa majlis persandingan berlangsung. Walau bagaimanapun, Bertitik ini tidak akan dimainkan apabila terdapat kesusahan atau kematian di dalam kampung tersebut sehingga tempoh kematian telah berlalu selama 40 hari.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768