Hubungi Kami
EN BM

KULINTANGAN

Alat muzik tradisi ini berasal dari semporna iaitu kaum suluk dan bajau. Muzik ini dimainkan bagi memeriahkan lagi sesuatu majlis serta menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis-majlis seperti kenduri, perkahwinan, khatam al-quran, adat bercukur jambul dan berkhatan. Asalnya alat muzik ini diperbauat daripada logam tembaga. Namun, pada masa ini, besi biasa seperti M15, M16, M18, dan besi tangki 48 telah digunakan bagi menggantikan loga tembaga dalam pembuatan alat muzik kulintangan. Lazimnya, kulintangan diiringi oleh gong yang biasanya diperbuat daripada besi M21. Muzik yang dihasilkan oleh kulintangan bersama paduan bunyi alat muzik lain dikenali sebagai muzik bertindik. Terdapat dua muzik bertindik yang popular iaitu Pukulan Tidung dan Pukulan Kedidi. Alat-alat muzik lain seperti dua buah gong, sebuah canang dan sebuah gendang sering dimainkan bersama kulintangan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768