Hubungi Kami
EN BM

SOMPOTON

Etnik KadazanDusun mempercayai bahawa Tuhan mereka, iaitu  Kinorohingan suka mendengar bunyi muzik Sompoton  kerana itulah muzik sompoton ini selalu dimainkan ketika mengadakan pesta sebagai orang tengah untuk menyampaikan pesan atau sesuatu mesej. Umumnya, sompoton ini hanya dimainkan oleh Bobolian (dukun) sewaktu kampung sedang menghadapi bencana alam seperti kemarau yang panjang untuk mohon perlindungan kesejahtreraan. Disamping berperanan untuk mengeratkan kembali pertalian sepasang suami-isteri yang telah bercerai. Sompoton secara tidak langsung merupakan salah satu alat muzik tradisional yang berperanan untuk berkomunikasi. Peringkat permulaan, dipercayai alat sompoton hanya dimainkan secara solo atau bersendirian saja, akan tetapi untuk lebih menarik perhatian, maka ianya dimainkan secara 15 hingga 20 orang terdiri dari kaum perempuan dan juga lelaki. Sompoton boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling. Ukuran Lombohon satu dan lombohon dua adalah sama panjang. Lebih panjang kiranya mahu dibandingkan dengan kombitan, korandabit atas dan korandabit bawah. Lombohon satu menghasilkan bunyi yang lebih rendah nyaringnya dan berfungsi sebagai manakala lombohon dua tidak punya peranan apa-apa kecuali sekadar menolong mencukupkan batang-batang buluh sumbiling berkenaan agar tidak bergerak apabila diikat menjadi rapat. Untuk membuat sompoton, bahan-bahan seperti kurobu (labu liar), sopilut (gam lebah), sumbiling (buluh renik), polod (kulit pokok palma liar), tolinting (pokok paku menjalar). Kaedah penipuan juga menggunakan teknik menghembus serta menyedut untuk menghasilkan bunyi bagi  teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768