Hubungi Kami
EN BM

TOGUNGGAK

Togunggak dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau Togunggu di penampang. Alat muzik Idiofon bambu paluan ini dimainkan bagi mengiring tarian atau perarakan dipesta-pesta keramaian.Tagunggak hampir sama bentuknya menyerupai alat muzik Angklong. Satu set alat-ala muzik ini merangkumi enam (togunggu) hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Untuk menghasilkan alat ini, bambu yang cukup matang dan bersaiz besar dari jenis poring (gigantochloa levis) dipilih. Seruas bambu dikerat dengan mengekalkan buku pada kedua-dua hujung. Pada bahagian permukaan hadapan satu lubang memanjang berbentuk segi empat tepat ditebuk dari buku pangkal ke buku hujung. Gua lubang ini berfungsi untuk menambahkan frekuensi bunyi yang dihasilkan dari getaran tali. Bagi etnik Murut Tagunggak merupakan muzik kepahlawanan suku kaum Murut untuk menaikkan semangat perjuangan. Apabila seorang pahlawan suku  kaum Murut kembali dari berjuang dan beroleh kemenangan dengan membawa kepala lawan ia disambut dengan paluan Tangunggak besama gong, tawak dan seluruh penghuni rumah panjang menyambutnya beramai-ramai.  

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu

Tel : 088-237 052/051

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768