Hubungi Kami
EN BM

LAKSA PERLIS

Hidangan laksa sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan salah satu daripadanya ialah Laksa Perlis. Sebenarnya, nama hidangan laksa diberi mengikut negeri ia dipelopori. Contohnya, Laksa Johor dari Johor, Laksa Sarawak dari Sarawak, Laksa Penang dari Pulau Pinang, dan Laksa Kedah dari Kedah. Walau ia seperti juadah yang sama namun ada perbezaan, antaranya bahan-bahan yang digunakan, tahap kepekatan dan kepedasan kuah, serta jenis dan bahan asas mi laksa.

Kuah Laksa Perlis agak pekat kerana setiap bahannya seperti ikan kembung, ikan selayang, bunga kantan dan daun kesum dikisar bersama sehingga hancur dan sebati. Kuantiti ikan yang digunakan juga adalah lebih berbanding laksa di negeri lain, dan kerana itulah kuahnya berwarna cerah dan tidak kemerahan (yakni warna merah cili) seperti Laksa Kedah. Laksa Perlis juga tidak menggunakan santan seperti Laksa Sarawak. Juga menggunakan mi laksa yang diperbuat daripada tepung beras yang dibuat sendiri, tidak seperti Laksa Johor yang menggunakan mi spageti.

JKKN PERLIS

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-979 3604 Fax : 04-977 0117

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768