Hubungi Kami
EN BM

AYAM LIKU

Dalam bahasa Bugis lengkuas dipanggil 'liku'. Justeru, masakan Ayam Liku suku kaum ini di Tawau, Sabah bermakna 'ayam dimasak dengan lengkuas'. Bahan-bahan asas adalah ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam tua), santan pekat, kerisik, serbuk kunyit, dan garam atau perasa tambahan. Bahan-bahan yang dikisar ialah bawang putih, bawang merah, lada putih, isi batang serai yang berwarna putih, dan lengkuas muda.

Didihkan santan kemudian masukkan bahan kisar dan serbuk kunyit. Masukkan ayam setelah terbit minyak. Gunakan api sederhana panas supaya perencah meresap dan ayam masak sekata. Masukkan kerisik bila kuah pekat. Kacau sekali sekala agar kuah tidak melekat pada dasar kuali. Akhir sekali masukkan garam atau perasa lain.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768