Hubungi Kami
EN BM

KINOMOL DAN LIHING

Kinomol adalah minuman beralkohol hasil daripada nasi yang diperam dengan ragi, manakala Lihing terbentuk daripada jangkamasa peraman Kinomol yang lebih lama. Dihidangkan semasa majlis perkahwinan dan perayaan seperti Tadau Kaamatan, yakni Pesta Menuai, oleh kaum Kadazandusun. Bahan-bahan asas ialah nasi dan ragi. Bekas peraman, yang biasanya tempayan, hendaklah dibersihkan dan dikeringkan di bawah sinar matahari.

Campuran nasi dan ragi dimasukkan ke dalam bekas peraman yang mulutnya kemudian ditutup dengan daun pisang atau daun tarap (yakni buah tradisi), dan diikat di keliling dengan rotan atau akar kayu. Sekarang ini penutup ialah bahan plastik diikat dengan gelang getah. Selepas beberapa hari cecair Kinomol sudah terbentuk dan boleh diminum. Boleh ditambah air bagi mengurangkan kepekatan Kinomol. Jika diperam lebih lama, sekitar dua minggu, cecair 'Lihing' berwarna kekuningan mula terbentuk dan boleh dihidangkan.

Lihing akan matang dengan sempurna jika disimpan dalam bekas yang sesuai dan boleh disimpan untuk beberapa tahun. Proses pematangan ini menghasilkan Lihing bertukar warna menjadi agak kehitaman. Sesetengah orang menanam bekas pematangan ini dan hanya membukanya ketika saat-saat istimewa sahaja. Proses pematangan semula jadi ini meningkatkan kadar kandungan alkohol dalam Lihing.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768