Hubungi Kami
EN BM

SINAMU

Sinamu adalah jeruk buah sebagai pembuka selera. Makanan tradisional ini popular dalam kalangan suku kaum Rungus di Daerah Kudat, Sabah. Buah-buahannya ialah sama ada mangga, betik, nangka, bambangan, atau longgom (kedua-duanya daripada keluarga buah mangga masam) yang belum masak.

Masukkan buah ke dalam tempayan atau bekas yang kedap udara. Kemudian masukkan lengkuas yang ditumbuk lumat dan akhirnya masukkan garam. Tutup rapat mulut tempayan atau bekas dan perap buah lebih kurang satu bulan. Jika menggunakan buah mangga rendam buah dalam air panas atau dimasak setengah masak terlebih dahulu.

JKKN SABAH

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768