Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM SULUK ADAT PERKAHWINAN

PENGENALAN

Kaum Suluk yang ramai menetap di kawasan pantai timur Sabah, terutama di Sandakan, berasal dari negara Filipina. Mereka berhijrah ke Sabah dan duduk di Daerah-Daerah Kunak, Tawau, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Tuaran. Namun, mereka masih lagi mengamalkan adat dalam kehidupan walaupun telah lama berhijrah. Antaranya adat perkahwinan.

ADAT PERKAHWINAN


Terdapat lima peringkat dalam adat perkahwinan kaum ini iaitu Pag-pasihil (meninjau atau merisik), Pag-pangasawa (meminang), Pag-turul taima (menyerah hantaran), Pag-tiaun (majlis perkahwinan), dan Tingkuwang (majlis di pihak lelaki).

Dalam budaya kaum ini terdapat banyak adat dan tatasusila yang masih diamalkan. Menjadi kebiasaan adat sukat ungsud (permintaan wang hantaran) oleh pihak wanita adalah sangat tinggi amaunnya terutama bagi golongan yang dihormati. Bagi yang sudah khatam Al Quran mereka meminta hantaran seperti emas, binatang seperti sapi atau kerbau, beras bugas, rokok siga, serta sebuah kraft mahligai atau rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisional. Namun, semua ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768