Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG SUNGAI DI PITAS ADAT BERTIMBANG

PENGENALAN

Kaum Orang Sungai di Pitas di Bahagian Kudat, Sabah masih mengamalkan adat berkaitan kelahiran iaitu Adat Bertimbang.

BERTIMBANG

Kaum ini percaya bahawa melahirkan anak dalam bulan Safar dalam kalendar Islam perlu dielakkan kerana dipercayai bulan ini bersifat panas. Jika berlaku juga maka diadakan upacara bertimbang yakni menimbang berat bayi. Barang-barang diperlukan adalah galu (alu lesung padi), dua helai kain sarung berjahit, dua helai kain sarung tidak berjahit, buah kelapa muda yang telah dibuang kulit, daun kelapa muda, kayu api dan beras.

Galu, sebagai pengimbang, digantung melintang menggunakan tali. Kemudian kayu api, beras dan kelapa digantung pada hujung galu manakala bayi diletakkan di dalam kain sarung yang digantung di satu lagi hujung galu berkenaan. Keseimbangan dicapai apabila berat barang-barang yang digantung menyamai berat badan bayi tersebut. Kemudian penimbang dipusing sekali arah ke kanan.

Bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan berzanji mengiringi upacara tersebut. Tukang gunting rambut dan anggota keluarga berpegangan tangan sambil mengibas daun kelapa muda yang telah dianyam berbentuk burung dan bunga, kea rah bayi berkenaan. Tindakan ini bertujuan menghalau benda-benda yang akan mengganggu bayi berkenaan. Selepas bertimbang barang-barang tersebut diserahkan kepada imam termasuk wang sedekah.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768