Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN SUKU DUSUN: KEPERCAYAAN NUNUK RAGANG


Sejarah lisan menyatakan bahawa suku Dusun berasal dari Nunuk (pokok) Ragang (merah) yang terletak di sekitar pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Kogibangan dari arah kiri dan Sungai Kawananan dari arah kanan, menjadi sungai yang lebih besar dinamakan Sungai Liwogu bermaksud tenang.

Terdapat sepohon pokok kayu ara merah yang sangat besar di kawasan pertemuan dua sungai berkenaan. Sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong dan terjuntai ke arah Sungai Liwogu. Keadaan ini membolehkan penduduk kampung memanjat pokok tersebut dan berteduh di bawahnya serta mandi manda di kawasan berkenaan.

Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (dianggap lembaga merah) mendiami kawasan tersebut yang dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang (Negeri Nunuk Ragang).

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768