Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM TIDUNG ADAT PASAK INDUNG ATAU NAIK BUAI

PENGENALAN

Selain kaum-kaum Bulungan dan Dayak, kaum Tidung adalah salah satu daripada tiga kaum di kawasan Kalimantan Utara sehingga Daerah Tawau di timur Sabah. Mereka mendiami kawasan pantai, pulau-pulau serta pesisir sungai, dan bekerja sebagai nelayan serta bercucuk tanam dan memanfaatkan hasil hutan.

PASAK INDUNG ATAU NAIK BUAI

Adat ini adalah khusus bagi anak yang baru dilahirkan, dilakukan semasa bayi berumur selewatnya tiga bulan. Upacara dimulakan dengan si ibu turun menjejaki tanah, memijak batu asah dan meminum air putih yang disediakan mak bidan sebagai tanda tempoh berpantang sudah berakhir.

Bayi diletakkan di atas dulang beralas gabol lipet raja bersila (tujuh helai kain sarung yang berlipat). Mak bidan berserta tujuh orang wanita tua memasukkan bayi ke dalam buaian kemudian dikeluarkan dan diletakkan di atas dulang. Tindakan ini diulang sebanyak tujuh kali. Acara berzanji dan doa selamat diikuti acara gunting abuk (gunting rambut bayi) turut diadakan.

Bayi yang dilahirkan pada bulan Safar menjalani upacara penimbangan, yakni bayi ditimbang dengan pelbagai buah-buahan dan kuih-muih tradisional kaum ini, dan barangan ini kemudiannya dihidang kepada tetamu.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768