Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM RUNGUS ADAT PERSIAPAN PENANAMAN BENIH PADI

PENGENALAN

Kaum Rungus adalah masyarakat petani tradisi dengan aktiviti pertanian dipanggil mutagad om mongumo (berladang atau berkebun), bermula dari Julai dan berakhir pada April tahun berikutnya. Kerja-kerja menebang pokok dimulakan pada Ogos dan dibiarkan kering hingga September serta dibakar pada Oktober. Jagung dan sayur-sayuran juga ditanam pada bulan berkenaan.

PERSIAPAN PENANAMAN BENIH PADI

Kaum ini percaya bahawa adat mangatod yakni menghantar perlu dilakukan. Pemilik ladang dan beberapa orang menghantar bekalan tepung beras dan tapai ke kawasan tanaman, yang barangan ini kemudiannya dimakan. Pemilik ladang harus menyediakan nasi dibungkus daun dan ditinggalkan di kawasan tanaman padi untuk bambarazon(semangat padi).

Pemujaan bambarazon di rumah diadakan besar-besaran dengan upacara penting dipanggil mamapak melibatkan binatang terutamanya khinzir sebagai korban. Untuk upacara ini disediakan sirih pinang dan binatang korban. Gong dipalu semasa bobolizan (pembaca mentera) menaiki tangga pondok khas untuk upacara ini dan menabur beras serta berdoa. Binatang korban disembelih dan dagingnya diberi kepada penduduk kampung.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768