Hubungi Kami
EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM BISAYA KEPERCAYAAN MISTIK: TARIAN ALAI BUBU

Kaum Bisaya yang kebanyakannya tinggal di Daerah Beaufort di Bahagian Pedalaman Sabah mempercayai mistik yang berkaitan dengan bubu (lukah) yang digunakan untuk menangkap ikan. Dikatakan bubu boleh menari apabila sesuatu mantera dibaca kepada bubu berkenaan. Tarian ini dipersembahkan oleh enam orang penari, empat orang pengalai yang memegang bubu, empat orang pemuzik serta dua orang penyanyi.

Menurut kepercayaan kaum ini yang dahulunya beragama pagan, bila si suami atau si isteri meninggal dunia maka pasangannya yang masih hidup di masukkan sama ke dalam bubu kemudian mereka dicampak ke dalam laut. Setelah itu bomoh memuja atau memanggil semangat bubu naik semula ke pesisir pantai untuk berjumpa dengan sanak saudara atau orang-orang kampung bagi mengubati mereka yang sakit pada ketika itu. Bomoh membaca beberapa mantera dan jampi serapah yang salah satunya seperti berikut:

Iya Bamban Iya Lukah
Utak Bamban Iba Sari,
Main Dengan Sipar Muda,
Silukah Pandai Menari.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah

Kompleks JKKN Sabah,
KM 4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 237052
Faks : 088 242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768