Hubungi Kami
EN BM

MAIN TIKAM

Permainan individu ini dimainkan di kawasan laman rumah iaitu di atas permukaan tanah atau lantai berkayu. Bilangan pemain ialah dua hingga empat orang. Jika terlalu ramai pemain permainan ini kurang menyeronokkan. Permainan ini memerlukan teknik dan cara memegang alatan tajam yang berupa jarum kompas.

Para pemain duduk bersila atau bersimpuh. Setiap pemain perlu melambung alatan tikam ke udara agar ia jatuh terpacak di atas permukaan. Teknik dan cara kedudukan memegang alatan tikam adalah berbeza mengikut urutan permainan yang telah ditetapkan. Pemain mestilah menyambung permainan pada peringkat yang buahnya berhenti pada tahap sebelumnya. Pemain terakhir yang menamatkan permainan dikenakan denda dengan menggaru belakang pemenang pertama sebanyak 100 kali.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768