Hubungi Kami
EN BM

MONOPUK/MENYUMPIT

Monopuk ataupun Menyumpit adalah aktiviti kaum Murut di pedalaman Sabah untuk memburu atau berperang. Sosopuk yakni sumpit berukuran 5-7 kaki dalam bentuk silinder diperbuat daripada kayu keras dan di tengah-tengahnya dilubangkan. Amok atau ramok iaitu peluru berukuran 12-16sm adalah daripada buah polod yakni buluh.

Buah tersebut dikikis sehingga tebalnya menjadi 0.3mm dan hujungnya ditajamkan. Buah yang telah ditajamkan dibubuh racun dikenali sebagai peliu yang diperoleh daripada sejenis kayu bergetah. Getah tersebut dilekatkan pada polod atau buluh, diikat dan dijemur hingga kering. Peliu disimpan di tempat khas dipanggil karaban yang berukuran 8 inci dan diperbuat daripada buluh.

JKKN SABAH

JKKN SABAH,
Kompleks JKKN Sabah, KM 4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768