Hubungi Kami
EN BM

MINTUBOW

Mintubow atau Main Gasing adalah permainan tradisional masyarakat Melayu dan Bidayuh di Sarawak. Lazimnya permainan ini dimainkan selepas musim menuai padi dan dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Pada asasnya gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang, manakala tali gasing daripada pokok bebaru. Namun pada hari ini tali gasing juga diperbuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan pemain atau lebih kurang 1 meter. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

JKKN SARAWAK

JKKN SARAWAK,
Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-422 006/423 106 Fax : 082-244 394

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768