Hubungi Kami
EN BM

PERMAINAN KUDA KEPANG

Permainan Kuda Kepang ialah tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, dibawa oleh para penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini adalah salah satu permainan rakyat Malaysia, khususnya di Batu Pahat, Johor, dan biasa dimainkan dalam majlis perkahwinan atau majlis keramaian.

Peralatan permainan ini terdiri daripada lima unit angklung, sebiji gendang, gong, sekurang-kurangnya sembilan unit patung kuda, sebatang pemecut dan seutas tali panjang 100 sepanjang 30 meter.

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan. Cara mainan ialah dengan menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi ialah yang nyaring daripada buluh yang kecil manakala bunyi bergema daripada buluh yang besar. Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu manakala pengikatnya daripada rotan.

Bilangan pemain sekurang-kurangnya 25 orang iaitu sembilan orang penari, lima orang pemain muzik, dua orang bomoh pemulih dan sembilan hingga 15 orang penjaga kawasan. Bagaimanapun, dalam sesuatu persatuan jumlah ahlinya adalah seramai 40 orang. Salah seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil 'danyang'. Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.

JKKN JOHOR

JKKN JOHOR,
Aras Kiri, Wisma PERKESO,
No 26, Jln Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul razak, Larkin,
80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel : 07-224 8270 Fax : 07-223 9413

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768