Hubungi Kami
EN BM

BOLA HADANG

Permainan Bola Hadang tidak memerlukan alat permainan yang banyak; hanya dua biji bola bersaiz bola sepak atau bola jaring digunakan. Kasut atau selipar boleh juga digunakan bagi menggantikan bola kerana bola bukanlah bertujuan untuk disepak tetapi hanya dileretkan atau dibalingkan kepada para pemain. Matlamat permainan ini ialah untuk mendapatkan kemenangan.

Semua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan atau pasukan dengan jumlah yang sama banyak bagi kedua-dua pasukan. Bagi menentukan kumpulan yang memulakan permainan undian perlu dijalankan

Terdapat dua cara untuk mengira kemenangan. Cara pertama adalah bergantung kepada permainan di padang. Ini bermakna setiap pasukan yang menang akan mendapat satu mata sahaja. Cara kedua ialah dengan mengira jumlah pemain yang masih 'hidup' yakni masih dibenarkan bermain. Misalnya, Kumpulan A mempunyai empat orang pemain yang masih 'hidup', maka jumlah mata yang diperoleh adalah empat mata.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768