Hubungi Kami
EN BM

CONGKAK

Congkak adalah salah satu permainan tradisional yang berkembang mengikut peredaran zaman, dipercayai dibawa ke kepulauan Melayu melalui India. Congkak terkenal di Kedah, Kelantan dan Johor. Nama Congkak diberikan oleh kerana mula-mula dimainkan menggunakan kulit kerang atau "congkak".

Peralatan utama ialah papan congkak dan buah congkak. Papan congkak biasanya diperbuat daripada batang tebal pokok kayu yang mempunyai ukuran 80sm hingga 1 meter panjang dan 18sm hingga 20sm lebar. Papan dibentuk seperti perahu dengan bahagian atasnya terdapat dua baris lubang. Setiap baris mempunyai lima atau tujuh lubang yang setiap satu berukuran 6sm garis pusat. Lubang-lubang kecil ini dikenali sebagai 'kampung'. Di hujung barisan lubang kecil terdapat satu lubang yang lebih besar berukuran 14sm garis pusat setiap satu, di kiri dan kanan. Kedua-dua lubang besar ini dinamakan 'rumah'.

Congkak dimainkan oleh dua orang secara pusingan dan jumlah pusingan bergantung kepada ketetapan yang dibuat antara kedua-dua pemain. Matlamat permainan congkak ialah menamatkan permainan terlebih dahulu daripada lawan dan menghalang lawan daripada terus meneruskan permainan.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768