Hubungi Kami
EN BM

DAM AJI

Permainan perseorangan ini biasanya dimainkan pada waktu petang secara satu lawan satu. Terdapat dua jenis permainan dam yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu Dam Aji dan Aji Terbang.

Alatan yang diperlukan untuk kedua-dua permainan ini adalah papan dam dan juga buah dam. Papan dam berbentuk empat segi sama dilukis di atas kertas atau dibuat lorekan terus di atas sekeping papan. Terdapat 64 petak kecil empat segi sama kesemuanya di dalam papan tersebut. Buah dam pula terdiri daripada penutup botol, kulit kepah, serpihan bata atap yang kecil ataupun kulit etak. Kedua-dua pemain memerlukan 12 biji buah dam setiap seorang.

Undian secara wan to som perlu dilakukan bagi penentuan giliran sebelum permainan dimulakan. Pemain yang memenangi undian memulakan permainan dengan menggerakkan buah damnya. Selepas itu diikuti oleh pemain lawan dan begitulah seterusnya sehingga buah dam seseorang pemain itu habis 'dimakan' oleh pemain lawan. Tiada tempoh masa dihadkan untuk permainan ini.

Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengereng ke kiri atau ke kanan sehingga buah dam mencapai status 'buah aji'. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah dam miliknya ke belakang kecuali buah dam yang mencapai status 'buah aji' sahaja.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768