Hubungi Kami
EN BM

GASING

Permainan Gasing berasal dari Mekah yang dimainkan sejak tahun 450SM dan dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Justeru, permainan ini telahpun diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dari Melaka Gasing diperkenalkan ke negeri-negeri Melayu yang lain dan menjadi permainan yang popular. Kini, permainan ini kekal sebagai warisan budaya masyarakat Melayu dan terkenal di Melaka, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

Terdapat pelbagai jenis gasing iaitu gasing jantung, gasing kelawar, gasing telur, gasing perenang, gasing tanjung dan gasing pangkah. Tali gasing diperbuat daripada benang atau jut berukuran antara 300sm hingga 450sm mengikut ukur lilit gasing. Salah satu hujung tali diikat pada sekeping logam sebagai penahan tangan ketika menghayun gasing manakala hujung satu lagi dilekatkan gam supaya tidak terurai. Dalam permainan ini pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768