Hubungi Kami
EN BM

RAMPANAU

Rampanau atau Minsurukud popular dalam kalangan masyarakat Dusun terutama di daerah-daerah Tambunan, Keningau dan Ranau di Sabah. Kini, permainan ini hanya dapat disaksikan dalam sambutan Pesta Kaamatan yakni pesta selepas musim menuai, dan jarang dimainkan oleh masyarakat akibat pengaruh arus pemodenan zaman.

Permainan ini biasanya menggunakan dahan pohon sagu, kayu keras dan dua batang buluh yang berukuran kira-kira tiga meter hingga 10 meter yang direka khas sebagai kasut tinggi. Dahan pohon sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki. Buluh ditebuk untuk membuat lubang yang berukuran kira-kira lapan sentimeter hingga lima sentimeter. Untuk bermain pemain mestilah berjalan atau berlari menggunakan alat 'rampanau' ini. Pemain yang jatuh dikira kalah.

JKKN SABAH

JKKN SABAH,
Kompleks JKKN Sabah, KM 4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768