Hubungi Kami
EN BM

KETINTING BUKU

Cara dan teknik permainan Ketinting Buku adalah hampir serupa dengan Ketinting Kapal Terbang, cuma gelanggang sahaja yang membezakannya.

Penentuan giliran melalui kaedah "lai lai li tam plong" dan seterusnya " wan to som" harus dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Selesai penentuan ini kesemua pemain perlu meletakkan gundu masing-masing di petak pertama. Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melompat terus ke petak kedua dengan sebelah kaki tanpa memijak petak pertama yang terdapat gundunya di dalamnya.

Seterusnya pemain melompat ke petak-petak ketiga dan keempat, dan apabila tiba di petak kelima ia mestilah memijak petak ini dengan kedua belah kakinya. Ia kemudian meneruskan permainan untuk berpatah balik ke petak pertama dengan cara memijak petak-petak keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan dengan sebelah kakinya. Apabila tiba di petak kesembilan pemain perlu mengutip gundunya yang berada di petak pertama tadi dan terus melompat ke garisan penamat.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768