Hubungi Kami
EN BM

KETINTING KAPAL TERBANG

Selain nama Ketinting permainan individu ini juga dikenali sebagai Teng-Teng. Ada sesetengah tempat memanggilnya decok. Kebiasaannya ia dimainkan di atas permukaan yang rata iaitu di laman rumah dan kawasan bersimen atau bertar. Permainan ini dimainkan dengan cara mengimbang badan menggunakan sebelah kaki yang berpijak pada permukaan yang rata. Bilangan pemain ialah dua hingga empat orang. Jika jumlah pemain melebihi bilangan itu maka situasi ini mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng.

Sebelum memulakan permainan gelanggang perlu disediakan dengan cara membuat goresan di atas permukaan. Jika permukaan bersimen atau bertar maka kapur tulis digunakan untuk membuat garisan. Selain gelanggang gundu juga perlu disediakan, yang berbentuk leper sebesar separuh tapak tangan seperti pecahan pinggan, batu leper dan sebagainya. Gundu digunakan sebagai tanda untuk menggerakkan kedudukan pemain di petak-petak gelanggang. Status kemenangan setiap pemain bergantung pada bilangan "rumah" yang dimilikinya.





Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768