Hubungi Kami
EN BM

SEPAK BULU AYAM

Matlamat utama permainan ini adalah menyepak bulu ayam ke atas dengan jumlah sepakan berterusan melebihi pihak lawan tanpa gagal menyepak bulu ayam tersebut atau menjatuhkannya. Mata dihitung setiap kali sepakan dibuat. Pemain yang berjaya membuat sepakan melebihi lawannya dikira pemenang. Pemain juga perlu mematuhi peraturan permainan yang telah ditetapkan.

Terdapat dua bentuk hasilan bulu ayam iaitu gumpalan kertas dan getah sekerap. Lazimnya menggunakan getah sekerap kerana lebih kenyal, tahan lama dan mudah dihasilkan. Bulu ayam kemudian diikatkan pada getah sekerap.

Permainan boleh diadakan secara individu atau berkumpulan. Untuk individu, seorang pemain melakukan sepakan sehingga bulu ayam gagal disepak atau jatuh ke tanah. Bagi berkumpulan pula seramai empat hingga lapan pemain membentuk bulatan dan mereka membuat sepakan sebanyak yang mungkin. Setiap sepakan dihitung sehingga bulu ayam gagal disepak atau jatuh ke tanah.

JKKN PAHANG

JKKN PAHANG,
Komplesk JKKN Pahang,
Lot 571000, Jalan Tok Sisek,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-517 8466 Fax : 09-517 9466

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768