Hubungi Kami
EN BM

SEPAK RAGA BULATAN

Sepak Raga Bulatan adalah permainan tradisional masyarakat Melayu yang masih dimainkan hingga kini. Permainan ini unik kerana jumlah pemain tidak terhad dan mereka bermain dalam satu bulatan yang besar. Permainan ini juga mempunyai unsur kesenian yang dapat dilihat dalam aspek menimbang, menanduk, melibas serta mengawal bola di hujung kaki. Permainan ini boleh dimainkan secara individu, berkumpulan atau berpasukan dengan menggunakan semua anggota badan kecuali tangan atau lengan.

Bola raga berbentuk bulat diperbuat daripada rotan asli atau sintetik. Beratnya antara 170gm ke 180gm. Garis lilitnya antara 0.42m ke 0.44m dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang.

Permainan dimulakan oleh pemain pertama dengan melambung bola tinggi melebihi paras kepala kepada pemain ketiga, keempat atau kelima dengan melalui atau melintasi kawasan bulatan berukuran dua meter. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menyepak kepada pemain lain kecuali pemain pertama. Setiap satu sepakan atau sentuhan dikira mata. Pemain dikira kalah sekiranya gagal menyambut atau melambung bola.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768