Hubungi Kami
EN BM

SEPAK TAKRAW

Sepak Takraw bermula daripada permainan Sepak Raga Bulatan dan adalah permainan masyarakat Melayu yang kini cukup popular hingga ke persada dunia. Sejarah permainan ini bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Buku Sejarah Melayu memuatkan beberapa peristiwa mengenai permainan tersebut di Melaka pada pertengahan abad ke-15, semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Kini, Sepak Takraw terkenal di kebanyakan negeri seperti Selangor, Johor, Kedah dan Kelantan.

Bola takraw berbentuk bulat diperbuat daripada anyaman rotan atau pita sintetik, mempunyai garis lilit antara 0.42 m ke 0.44 m, 12 lubang dengan 20 pertemuan silang pita-pita. Jika diperbuat daripada rotan lapisan harus mengandungi antara sembilan hingga 11 urat.

Para pemain perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Permainan bermula dengan semua pemain berada di petak masing-masing dalam keadaan bersedia. Tekong yang membuat lontaran sepak mula hendaklah sebelah kakinya berada di dalam bulatan sepak mula dan sebelah lagi berada di luar bulatan tersebut. Apit regu yang menyambut lontaran sepak mula dan yang seorang lagi mesti berada di dalam suku bulatan masing-masing. Selepas tamat set pertama kedua-dua regu hendaklah menukar petak dan pemenang memulakan set kedua.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768