Hubungi Kami
EN BM

SERAK LIDI

Permainan ini diberi nama Serak Lidi kerana alat utamanya ialah lidi, namun kini batang aiskrim juga digunakan. Asal usul permainan ini tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, ia berkembang ke seluruh Tanah Melayu pada awal tahun 1970an.

Permainan ini dimainkan sekurang-kurangnya oleh dua orang pemain. Giliran pemain ditentukan dengan kaedah " wan to som" atau " o som". Pemain mengenggam kesemua lidi dan melepaskannya ke atas lantai. Kemudian pemain perlu mengangkat satu demi satu lidi yang berselerak itu tanpa menggerakkan lidi yang lain. Jika sebaliknya berlaku maka giliran pemain tersebut tamat. Pemenang dikira berdasarkan bilangan lidi yang paling banyak dikutip.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768