Hubungi Kami
EN BM

MENGGAGAU IKAN

Salah satu keunikan negeri Perlis Indera Kayangan adalah permainan rakyat yang dipanggil Menggagau Ikan. Istilah 'menggagau' bagi masyarakat setempat merujuk kepada perbuatan menangkap ikan di dalam sawah yang berlumpur. Jumlah mata dikira berdasarkan jumlah ikan yang berjaya ditangkap.

Aktviti ini menjadi simbolik kepada kehidupan masyarakat yang ekonomi mereka berasaskan pertanian seperti bersawah padi. Permainan ini menjadi salah satu daripada acara tahunan yang dipanggil Pesta Angin Timur yang diadakan setiap tahun semasa musim menuai padi.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768