Hubungi Kami
EN BM

MIGAZAT DUKUG

Migazat Dukug atau Tarik Tali sering diadakan selepas musim menuai padi di Sabah. Ia merupakan permainan tradisional yang popular dalam kebanyakan acara sukan rakyat.

Pertandingan lazimnya melibatkan dua pasukan yang dianggotai seramai lima atau lebih peserta yang memegang erat seutas tali dalam posisi berlawanan. Di tengah-tengah pula iaitu di antara dua pasukan yang bertanding terdapat garisan yang menjadi penentu kalah menang perlawanan. Pasukan yang berjaya menarik pasukan lawan melepasi garisan itu dikira pemenang.

Suatu ketika dahulu tajau atau tempayan yang berisi tapai dijadikan hadiah oleh masyarakat setempat, dan para pemenang hendaklah menghabiskan meminum air tapai dalam tajau tersebut pada masa itu juga.

JKKN SABAH

JKKN SABAH,
Kompleks JKKN Sabah, KM 4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088-237052 Fax : 088-242 052

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768