Hubungi Kami
EN BM

KONDA-KONDI

Selain nama Konda-Kondi, permainan luar rumah yang memerlukan kawasan lapang ini juga dikenali sebagai Jongket Kayu atau Katak Ayam. Ia boleh dimainkan secara individu ataupun berkumpulan. Peralatan yang diperlukan adalah dua batang kayu kecil berbentuk bulat berukuran 20 sentimeter diberi nama " kayu anak" dan sebatang lagi berukuran 30 sentimeter panjang diberi nama " kayu ibu". Juga perlu dikorek satu lubang sedalam 15 sentimeter.

Undian secara wan to som perlu dilakukan bagi menentukan kumpulan yang harus memulakan permainan, dipanggil " kumpulan utama". Ketika kayu anak dikuis dari lubang dan melambung ke udara kumpulan kedua iaitu "kumpulan lawan" perlu bersedia menyambut kayu tadi sebelum jatuh ke tanah. Sekiranya salah seorang pemain daripada " kumpulan lawan' berjaya menyambut kayu yang dilambungkan maka " kumpulan utama' dikira " mati'. Jika kayu yang dibaling itu masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu ibu maka 'kumpulan utama" juga dianggap "mati". Giliran permainan kemudian bertukar kedudukan iaitu " kumpulan lawan" kini menjadi " kumpulan utama".



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768