Hubungi Kami
EN BM

TARIK PELEPAH PINANG

Tarik Pelepah Pinang atau dikenali juga dengan nama Tarik Upih adalah permainan tradisional sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini menggunakan pelepah pinang atau kelapa sebagai alat asas. Permainan ini juga boleh dimainkan secara berkumpulan iaitu dua hingga empat orang atau lebih bergantung kepada persetujuan bersama.

Pemain duduk di pangkal pelepah pinang sebagai penunggang, kemudian pemain yang lain menariknya seolah-olah ia sedang menaiki sampan. Cara sebegini dimainkan secara bergilir-gilir. Jika pertandingan diadakan pasukan yang paling pantas dikira pemenang. Penunggang yang terjatuh tidak boleh meneruskan permainan.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768