Hubungi Kami
EN BM

KAKI HANTU

Terdapat beberapa jenis permainan ini iaitu ‘Kaki Hantu Tempurung’, ‘Kaki Hantu Tin’ dan ‘Kaki Hantu Kayu’. Permainan ini menggunakan kayu, tin atau tempurung kelapa untuk membuat ‘kaki hantu’ Padang atau kawasan permainan harus luas dan rata. Adalah berbahaya menggunakan kawasan yang tidak rata, berbatu-batu atau berlumpur. Ini boleh menyebabkan pemain jatuh dan tercedera.


Kayu yang digunakan adalah sekeping papan atau kayu yang boleh diperoleh dari kawasan hutan. Kayu, tempurung atau tin yang dijadikan asas permainan harus dipakai oleh pemain seperti memakai kasut. Tali dijadikan sebagai alat pemacu dan mengangkat kayu manakala tempurung atau tin dijadikan alas kaki pengganti kasut.


Semasa kaki bergerak tali ditarik bersama supaya kaki sentiasa beralaskan kayu, tempurung atau tin tersebut. Semasa berjalan kaki tidak boleh mencecah tanah sama ada disengajakan atau tidak. Pemain yang jatuh atau tidak memijak tempurung atau tin dengan betul harus memulakan permainan dari mula.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768