Hubungi Kami
EN BM

PISA'ASIN

Pisa’ Asin adalah permainan tradisional masyarakat Melanau selain daripada Pisa Tibow dan masih diminati sehingga sekarang. Permainan Pisa’ Asin sesuai dimainkan oleh golongan kanak-kanak dan sering dimainkan pada pesta keramaian.


Pisa’ Asin terbahagi kepada dua versi iaitu ‘asin tu’u’ dan ‘asin bibung’. Dalam ‘asin tu’u’ pemain bertahan hanya boleh menangkap pemain yang bermain di dalam kawasan gelanggang sahaja. Mereka tidak boleh menangkap pemain yang bermain di luar gelanggang.


Dalam ‘asin bibung’, gatuong (pemain tengah) dibenarkan mengejar pemain yang bermain sehingga melintas garisan hujung gelanggang. Tetapi kedudukan pemain yang bermain tidak boleh keluar dari garisan tepi atau garisan kepala gelanggang. Pemain yang berlari lurus ke hujung gelanggang boleh dikejar.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768