Hubungi Kami
EN BM

REGATTA LEPA

Lepa, atau perahu, adalah peninggalan warisan budaya kaum Bajau Laut di Semporna, Sabah sejak berzaman. Sejak kurun ke-14 ia adalah pengangkutan air yang utama untuk membawa muatan para pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Filipina dan Kalimantan, Indonesia. Catatan sejarah juga menyatakan Lepa telah digunakan oleh para pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15.


Regatta Lepa adalah perayaan tahunan daerah Semporna sejak diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini menjadi salah satu acara tahunan Malaysia. Perayaan ini menjadi wadah bagi kaum Bajau di merata tempat untuk bertemu, bersosial dan bertanding merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768