Hubungi Kami
EN BM

HENCANG BUAH KERAS

Permainan ini dikatakan dibawa oleh seorang bangsawan keturunan Bugis dari Makasar bernama Tok Tuan sekitar tahun 1720. Pada ketika itu beliau telah membuka sebuah kampung di tempat bernama Makasar dalam daerah Pekan, Pahang. Dr. W. Lenehein, dalam bukunya bertajuk JMBRAS VO.1XIV (Part II) terbitan Januari 1936, menjelaskan bahawa permainan Hencang Buah Keras cukup popular di Pahang semasa pemerintahan Sultan Ahmad (1882 – 1914), Sultan Mahmud (1914 – 1917) dan Sultan Abdullah (1917 – 1932).


Permainan ini sering dimainkan dalam majlis-majlis keramaian dan ketika ‘menghantar’ pembesar negeri berangkat melawat jajahan takluk. Namun, ada juga segelintir masyarakat pada ketika itu menjadikan permainan ini untuk berjudi dan bertaruh wang ringgit. Peralatan permainan ini ialah buah keras betina dan buah gandung (yang berbentuk seperti telur ayam), alat penyepit dan pengalas atau pelapik.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768