Hubungi Kami
EN BM

KETUK KELI

Ketuk Keli juga dikenali sebagai permainan Konda Kondi, Jongket Kayu atau Katak Ayam oleh masyarakat luar Perlis. Permainan ini boleh dimainkan secara berpasangan atau berkumpulan. Peralatan yang diperlukan adalah dua batang kayu kecil berbentuk silinder berukuran 20sm dan sebatang lagi berukuran 30sm panjang. Kayu pendek dipanggil ‘kayu anak’ manakala kayu panjang dipanggil ‘kayu ibu’. Lubang sedalam 15sm di atas permukaan permainan juga perlu disediakan. Undian secara “o som” dilakukan bagi menentukan kumpulan yang harus memulakan permainan.


Tatacara bermain ialah meletakkan ‘kayu anak’ pada lubang manakala ‘kayu ibu’ diguna untuk menguis ‘kayu anak’ daripada lubang tersebut sekuat mungkin. Ketika ‘kayu anak’ dikuis dan kemudian melambung ke udara kumpulan lawan hendaklah bersedia untuk menyambut kayu tersebut sebelum ia jatuh ke tanah. Sekiranya berjaya disambut maka kumpulan pertama tadi dikira kalah.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768