Hubungi Kami
EN BM

LANSARAN

Lansaran berasal daripada perkataan kaum Murut, lumasar, yang bermaksud ‘melambung’ atau ‘berayun-ayun’. Tradisi ini adalah warisan nenek moyang kaum Murut di daerah-daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Dahulunya tradisi ini berkait rapat dengan pemujaan roh atau semangat tengkorak, khususnya pemujaan semangat kepala manusia yang diperoleh semasa ngayau yakni berperang. Kini permainan ini dimainkan sempena keramaian seperti perkahwinan dan perpindahan ke rumah panjang yang baharu. Tempat lansaran berukuran lapan hingga 30 kaki persegi dan dapat menampung lebihkurang 30 orang pemain dibina secara bergotong-royong di suatu ruang di rumah panjang.


Beberapa batang kayu bulat yang keras dan liat sebesar lengan orang dewasa, biasanya daripada jenis Selangan Batu, diikat dengan rotan saga bagi menampung tempat permainan ini yang dibina tergantung sekaki ke bawah daripada paras lantai rumah. Cara bermain ialah pemain turun ke permukaan lansaran dan dengan sendirinya badan terasa ‘melambung-lambung’ akibat lambungan turun naik lansaran berkenaan. Kadang-kadang hadiah diletak di paras atas lansaran dan pemain cuba ‘melambungkan diri’ untuk mendapatkan hadiah berkenaan.



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768