Hubungi Kami
EN BM

PERGENDANGAN CINA

Alat muzik yang digunakan dalam persembahan ini ialah 24 buah gendang shigu, iaitu dram tarian singa. Terdapat juga pasukan yang menggunakan gendang longgu. Kedua-dua buah gendang ini hampir sama dan merupakan gendang besar berbentuk tong. Gendang ini mempunyai satu muka kulit kerbau atau lembu pada bahagian atas yang dipaku pada bahan kayu dengan paku besi. Di dalam gendang ini terdapat beberapa dawai besi seperti spring yang memberikan warna ton istimewa. Gendang ini diletakkan di atas rak kayu berkaki empat. Muka kulit gendang dipukul dengan menggunakan dua pemukul kayu. Selain menggunakan gendang sebagai instrumen utama, terdapat juga penggunaan alatan tambahan bagi memvariasikan muzik pergendangan ini seperti menggunakan dram, gong dan simbal. Persembahan gendang ini biasanya dapat dilihat dalam upacara keagamaan di tokong, menyambut perayaan tahun baru, upacara memulakan perniagaan bagi mendapat tuah atau 'ong' dan sambutan-sambutan yang lain.

Encik Low Tai Pong

Badan Kebajikan Penduduk-Penduduk Kediaman Cina Dan Siam
No. 512, Taman Mutiara,
Pengkalan Asam,
Behor Temak, 01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 019-4611 988

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768