Hubungi Kami
EN BM

GULAI UMBUT PISANG

Gulai Umbut Pisang adalah hidangan istimewa masyarakat di Daerah Baling, Kedah. Sajian ini kebiasaannya untuk majlis kenduri. Bahagian umbut pisang sahaja yang digunakan disamping bahan asas yang lain iaitu ayam kampung, kunyit, daun kari, serbuk kari, kayu manis, bunga lawang, bawang merah dan bawang putih dihiris, santan cair dan santan pekat, cili kisar, serta garam atau gula.

Tumis bahan hirisan kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau wangi. Seterusnya masukkan cili kisar, kunyit, serbuk kari serta daun kari. Tambah santan cair dan bila pecah minyak tambahkan lagi santan cair. Masukkan ayam dan bila daging empuk masukkan umbut pisang. Bila umbut empuk tambahkan santan pekat, garam atau gula sebagai perasa.

JKKN KEDAH

Kompleks JKKN Kedah,
Lot PTD 400,

05250, AlorSetar,                                     

Kedah Darul Aman.
Tel : 04-731 5930 Fax : 04-733 8128


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768